Nuffnang

Tuesday, 10 January 2012

lompat bungee yang fail,nasib baik panjang umo...

SYDNEY: Seorang wanita Australia terselamat selepas terjatuh ke dalam sungai dipenuhi buaya di Zambia berikutan tali yang digunakan ketika lompatan bungee terputus.
Pelancong berkenaan, Erin Langworthy, 22, terjatuh ke dalam Sungai Zambezi ketika dia membuat terjunan setinggi 111 meter dari sebuah jambatan di Air Terjun Victoria di sempadan negara itu dengan Zimbabwe.

Menurut Sydney Morning Herald, Erin yang hanya mengalami luka dan lebam selepas terjatuh pada petang sebelum tahun baru. Katanya, ia satu keajaiban kerana dia terselamat selepas terjatuh ke dalam jurang di bawah jambatan itu yang menjadi habitat buaya. “Rasanya seperti saya ditampar di seluruh tubuh saya,” kata wanita dari Perth itu kepada Saluran Sembilan Televisyen Australia.
Rakaman video menunjukkan detik akhir Erin terjatuh apabila tali bungee itu terputus menyebabkan dia tercampak ke dalam sungai. Erin terpaksa menyelam di bawah air untuk melepaskan ikatan tali yang melilit di kakinya sebaik dia jatuh ke dalam jurang. “Sebenarnya, saya terpaksa menyelam dan meleraikan ikatan tali bungee itu supaya saya dapat berenang ke permukaan,” katanya.

Selepas melepaskan ikatan yang meliliti kakinya, dia berenang ke tebing sungai di sebelah Zimbabwe sambil menunggu bantuan datang.

“Ya, saya rasa memang satu keajaiban saya terselamat,” katanya. Dia kemudian dirawat di klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Afrika Selatan. - Reuters



sumber :harian metro dan youtube

No comments:

Post a Comment