Nuffnang

Sunday 4 November 2012

Doa yang menyentuh hatiku


Ketika aku sedang memikirkan masalah yg terjadi dlm diri aku, baru aku tersedar ada benda yang lagi penting yg telah aku lupakan selama ini....segalanya berpunca dari kesilapan sendiri...dan akhirnya musnah semua harapan....andai dapat ku undurkan masa,aku akan buat yg lagi baik..namun sudah terlambat..yg mampu aku berikan setiap masa adalah doa dengan linangan airmata.....semua benda terjadi dlm sekelip mata..apa yg aku harapkan sekarang ialah ALLAH lembutkan hati aku ini....cekalkan kuat kan diri aku....berkan petunjuk dan hidayahnya.....dan ketika aku search doa2 yg boleh melembutkan dan mententeramkan hati ini,aku terjumpa doa yang amat menyentuh hatiku dan akan aku cuba praktikan dlm smbhyg ku ini...
Bismillah (al rahman al rahim)
Ya allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu,
Kau kembalikan lah semula nur ayunni dalam hidupku,
Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami, temui kan lah kami semula,
Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya allah.
Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk rujuk dan bersama semula. Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau tunaikan lah segala apa yang kupinta. Jadikanlah cita-cita ku untuk menjadi seorang jurutera menjadi kenyataan. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan mu yang benar. Kurniakan lah kepada ku lidah yang fasih lagi lancar untuk melafazkan akad nikah semasa menerima dia sebagai isteri ku dan teman hidupku selamanya. Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin ya rabbal alamin.

Saturday 11 February 2012

Sunday 5 February 2012



Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.

sumber dari: harian metro online

Thursday 2 February 2012

video miming yang klakar... part 3 n part 4

layan video ni..gua dh layan byk kali video ni sampai tension gua tgk..mmg lawak..hahaha....tapi part 1 x boleh upload..korg tgk kat youtube ok!!

part 1
link: http://www.youtube.com/watch?v=PkZQJKWmdPc


part 2
link: http://www.youtube.com/watch?v=_coB3hjWC48

part 3

link: http://www.youtube.com/watch?v=NlnnAclK1fA

part4

link: http://www.youtube.com/watch?v=fayorx2BT38

sumber: youtube

Sunday 29 January 2012

video epic fail

korunk mst suke tgk video2 lawak dan hardcore kan????so tgk la video ni..THE EPIC FAIL COMPILATION!!!!!!!!!!!!!!!!!




sumber: youtube
link :http://www.youtube.com/watch?v=jEwNN9zSHuM

Saturday 28 January 2012

KISAH BENAR!!! HEBATNYA PENANGAN JEJAKA LOMBOK..ANTARA SIHIR ATAU AYAT MANIS???MANA BENAR??


HEBATNYA ‘ilmu’ jejaka Lombok apabila hanya memerlukan masa sebulan untuk memikat seorang gadis tempatan yang dikenali ketika bekerja di sebuah ladang di Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan hingga gadis itu sanggup berhijrah ke negara jiran dan berumah tangga di sana.

Bukan itu saja, dia juga tidak pernah bersua muka dengan lelaki itu, malah hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan kiriman gambar sebelum mengambil keputusan berkahwin dan tinggal bersama keluarga mentuanya di Desa Teruwai, Lombok Tengah.

Karimah Yaacob, 27, berkata pada mulanya dia langsung tidak menyedari kehadiran suaminya di kampungnya, namun selepas dimaklumkan seorang rakan bahawa ada lelaki ingin berkenalan dengannya, baru dia tahu sekumpulan pekerja Indonesia tinggal berdekatan rumahnya.

Katanya, dalam tempoh sebulan itulah dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi telefon kerana kebetulan, selepas mula mengenali antara satu sama lain, suaminya berpindah ke Johor dan bertugas di sana, menyebabkan mereka tidak dapat bertemu.

“Suami sempat mengirimkan foto sebanyak tiga kali melalui seorang rakannya yang masih bekerja di kampung saya. Dalam tempoh itu, dia mengajak saya berkahwin dan mengikutnya ke Lombok untuk tinggal bersama keluarganya di sana,” katanya ketika ditemui di Desa Teruwai, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, baru-baru ini.

Katanya, selepas mendapat restu keluarga, dia kemudian ke Johor dan dibawa menaiki kapal di Stulang Laut menuju Batam dan transit di situ sebelum memasuki Lombok yang mengambil masa lima hari keseluruhannya.

Karimah berkata, setibanya di kampung suaminya, mereka terus disatukan sebagai suami isteri mengikut adat perkahwinan Lombok dan sejak itu dia tidak pernah pulang ke Malaysia dan hanya bertanya khabar sanak saudara di Kelantan menerusi telefon.

“Saya begitu rindu untuk menikmati masakan Kelantan, terutama budu, kerana sejak mengikut suami ke Lombok, saya tidak lagi berpeluang merasainya. Setiap hari saya berdoa supaya dapat pulang ke Malaysia untuk bersama-sama keluarga biarpun tidak tahu bila.

“Dengan keadaan hidup ketika ini, saya tidak pasti bila hasrat itu dapat dipenuhi. Saya perlu bersama-sama keluarga ‘baru’ ini walaupun di dalam hati terlalu rindu untuk pulang ke tanah air,” katanya.

Menurutnya, enam bulan pertama pernikahannya adalah tempoh yang mencabar kerana tidak faham bahasa Lombok dan hanya berkomunikasi dengan ibu mentuanya menggunakan bahasa isyarat dengan sesekali menganggukkan kepala tanda faham dan mahu sesuatu.

Setiap kali tiba waktu makan, ibu mentua mengajaknya makan bersama dan bertanyakan sama ada dia boleh makan masakan Lombok atau tidak, namun dia hanya mengangguk atau menggelengkan kepala sebagai maklum balas.

“Mulanya, saya tidak makan kerana tidak biasa dengan masakan sini. Suami membelikan saya roti untuk mengalas perut. Lama-kelamaan, saya dapat membiasakan diri dan sekarang saya pula yang menyediakan masakan Lombok untuk keluarga mentua.

“Saya juga tidak boleh bertutur dalam dialek Kelantan lagi kerana biasa dengan bahasa Lombok. Keluarga mentua pula tidak menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya, jadi mahu tidak mahu, saya terpaksa belajar bahasa tempatan,” katanya yang mengambil masa lebih setahun sebelum fasih menggunakan bahasa Lombok.

Katanya, dalam tempoh enam tahun tinggal di negara orang, antara perkara paling mengejutkannya ialah kunjungan seorang teman rapatnya di sekolah yang turut berkahwin dengan pemuda Lombok dan tinggal di sebuah kampung di Lombok Utara.

Karimah berkata, dia langsung tidak menduga dapat berjumpa teman baiknya dan sama-sama menjadi ‘orang Lombok’ memandangkan kali terakhir bertemu ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Gua Musang hampir 10 tahun lalu.

“Saya masih ingat, waktu itu saya melahirkan anak sulung, Nur Qistina Syafika. Dia datang membawa buah tangan dan memberitahu saya bahawa dia juga berkahwin dengan orang Lombok,” katanya.

Menurut Karimah, dia kini bekerja sebagai petani dan membuat kerja kampung seperti menternak lembu dan mengerjakan sawah untuk mencari rezeki membantu suaminya, Kamaruddin, 30, dan memperoleh pendapatan sekitar Rp30,000 (RM11) seminggu.

Namun ketika diajukan soalan bila mahu pulang ke Malaysia, dia berkata, kesempitan hidup ketika ini tidak memungkinkan dia ke kampung untuk bertemu keluarga, namun tetap akan berbuat demikian jika diizinkan satu hari nanti.

“Kalau dapat pulang bertemu keluarga, sekarang juga saya akan balik. Saya rindu kampung halaman dan suasana di Gua Musang. Yang saya tahu, saya akan pulang juga nanti, doakan saya,” katanya.


SUMBER: HARIAN METRO